Monday, February 23, 2015

PUNCA SAKIT BELAKANG 

A. Ibu Hamil 
i- Posisi tulang belakang dalam keadaan tidak normal kerana mengimbangi berat kandungan.
ii- Semakin lama kandungan menjadi semakin berat
iii- Dibetulkan selepas melahirkan anak.

B. Cara menyambut anak ketika kelahiran.
i- Dislokasi tulang cervical
ii-Penglihatan menjadi rabun sejak kecil
iii-Pendengaran juga menjadi kurang peka.
iv-Setengahnya melibatkan bahagian otak yang mengakibatkan masalah kecerdasan akal.

C. Kecederaan/kesakitan sebelah kaki
Berjalan dalam keadaan berat sebelah juga memberikan kesan pada tulang belakang.

D. Duduk yang lama terutama diatas kenderaan
Berlaku ketegangan ligamen yang menarik ruas tulang belakang.

E. Duduk atau tidur dalam posisi yang tidak betul
Tulang bergerak dari kedudukan normalnya.

F. Kasut yang kurang kualiti
Hentakan tulang belakang tidak dapat diserap pada kaki.

G. Kecederaan sewaktu mengangkat barang yang berat
Berlaku perubahan lokasi tulang dan biasanya berbunyi agak kuat.

H. Tilam yang tidak berkualiti
Tulang belakang mengikut bentuk kelenturan tilam yang tidak selesa.

I. Lumpuh
Sebahagian tubuh menjadi lemah mengakibatkan keadaan menjadi semakin teruk.

J. Kecederaan sewaktu bersukan.
Boleh berlaku perubahan kedudukan tulang akibat gerakan yang kuat.

K. Jatuh ketika kecil (baru berjalan)
Kesan jatuh masa kecil akan mula dirasai kemudiannya.

L. Bantal tidur yang terlalu tinggi.
Bantal tidak boleh terlalu tinggi ataupun terlalu rendah.

M. Obesiti
Berat badan yang berlebihan menyebabkan tidak bermasalah.

N. Kemalangan
Akibat dari kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tulang belakang.

O. Kurang air dalam badan. 
Kekurangan air menyebabkan tulang sentiasa kering dan kehausan tulang boleh berlaku.

No comments:

Post a Comment