KEPENTINGAN CAHAYA MATAHARI PAGI...
Suatu masa dulu bayi yang baru lahir dijemur pada cahaya matahari pagi bagi mengelakkan terkena sakit kuning. Saya sendiri praktikan kpd anak-anak, sebab apa buat begitu...kerana mak ayah beritahu mcm tu...sebab datuk beritahu mcm tu...
Kajian sains mengatakan 5 minit kita terdedah padanya sama dgn 400 unit oksigen/vitamin D masuk ke dalam tubuh. Emmmm...rupanya itulah jawapan yang disembunyikan oleh orang tua kita agaknya. Patutlah orang kampung yg bekerja sebagai petani tubuhnya sasa dan sihat.
Kajian sains dari Edinburgh University, mendapati sinaran matahari pagi terbukti mampu meningkatkan kesihatan manuasia, antaranya:
1. MENGUATKAN JANTUNG. Cahaya matahari berupaya menurunkan risiko tekanan darah tinggi, strok dan masalah jantung. Pancaran matahari pada waktu pagi berupaya menguatkan degupan jantung manusia.
2. MELANCARKAN PERJALANAN DARAH. Matahari pagi membantu meluaskan pembuluh darah. Saluran darah yang luas dapat melancarkan perjalanan darah dan mampu membawa lebih banyak oksigen dan nutrisi ke sel. Ini secara tidak langsung mempengaruhi jantung supaya lebih sihat.
3. MENCEGAH DIABETIS. Pancaran matahari pagi merupakan insulin semula jadi yang memudahkan penyerapan glukosa terus ke dalam sel-sel badan. Proses penyerapan ini merangsang tubuh bagi mengubah gula dalam darah menjadi glycogen dan disimpan dalam hati dan otot.
4. MENCEGAH BARAH. Vitamin D yang diperoleh daripada matahari mampu menyingkirkan pelbagai virus yang merbahaya yang boleh menyebabkan tumbuhnya sel-sel barah. Vitamin D juga amat penting untuk pertumbuhan tulang dan mencegah berbagai-bagai penyakit seperti barah payu dara, usus, radang dan tekanan.
5. MENINGKATKAN KUALITI TIDUR. Tidur berkualiti amat penting kepada sistem badan manusia. Kekurangan dan tidak cukup tidur menyebabkan individu itu berubah mental dan fizikalnya. Sinar matahari dapat meningkatkan pengeluaran melatonin agar mendapat kualiti tidur yang baik. Melatonin dikeluarkan oleh kelenjar pineal yang wujud di dasar otak.
PERSOALANNYA??? Apakah kita yang tinggal di bandar besar spt Kuala Lumpur mendapat cahaya matahari yang cukup? Pukul 5.30 pagi dah turun...ada yg solat Subuh di pejabat...ada yg beriman dlm kereta...lepas tu pula pukul 8 pg dah masuk ofis dgn kot & tie...dalam air-cond pula tuuuuu...
No comments:
Post a Comment