PENTINGKAH GARAM DALAM KEHIDUPAN KITA???
1. Pembinaan sel di dalam badan manusia berpunca dari kewujudan mineral di dalam darah yang menyokong proses pembinaan sel-sel ini.
2. Jika darah kita kurang mengandungi mineral, proses pembinaan sel akan terbantut dan sekaligus boleh menyebabkan penyakit.
3. Kepentingan garam pada manusia boleh diibaratkan seperti pentingnya tanah bagi sepohon pokok. Jika tanah yang tidak subur, maka pokok akan menjadi kering dan tidak segar.
4. Begitu juga jika badan yang mengandungi kurang bahan mineral, maka tubuh akan lemah dan cenderung berpenyakit.
5. Fakta penting yang perlu diketahui umum ialah mineral-mineral ini tidak boleh dihasilkan oleh badan kita sendiri. Maka, zat-zat galian yang diperlukan oleh badan ini hanya boleh diperolehi melalui makanan atau minuman sahaja.
6. Oleh hal yang demikian kita akan tambahkan garam dalam makanan. Tetapi garam yang biasa kita gunakan bukan dihasilkan secara semulajadi. Kebanyakannya telah diproses secara kimia dan terdedah kepada pencemaran.
7. Malah kebanyakan garam yang digunakan adalah bersifat asid. Badan yang berasid adalah cenderung untuk berpenyakit.
8. Badan yang berasid meningkatkan pengoksidaan dalam badan yang boleh mengakibatkan kegagalan beberapa sistem badan.
9. Sifat utama garam semulajadi bersifat alkali, bertindak sebagai anti-oksida dan membantu meningkatkan penyerapan zat-zat mineral dalam badan.
No comments:
Post a Comment