Thursday, March 5, 2015

ORANG MISKIN TAK BOLEH SAKIT!!! APAKAH SAKIT ITU MAHAL???

Ungkapan di atas sudah sinonim di negara jiran Indonesia, apa yang ingin disampaikan ialah kos perbelanjaan rawatan di sana adalah amat tinggi walaupun di hospital-hospital milik kerajaan.

Kita di Malaysia masih lagi beruntung kerana ianya masih lagi murah walaupun terpaksa membayar sedikit setiap kali menerima rawatan di klinik atau hospital milik kerajaaan, boleh dikatakan masih lagi selesa berbanding dengan mereka di Indonesia.

Persoalannya sekarang adakah nak tunggu sakit baru nak berubat? Bukankah mencegah itu lebih baik dari berubat? Kalau soalan ini diajukan kepada orang miskin yang sakit di Indonesia, sudah tentu mereka akan menjawab 'tidak' dan 'ya' pada dua persoalan tersebut.


Kesihatan adalah anugerahnya yang tidak ternilai, bukan wang ringgit jadi pengukurnya. Tubuh yang sihat merupakan gerbang kesejahteraan hidup, ianya merupakan pengerak utama untuk membuat sesuatu demi kesenangan dunia dan akhirat.

Perkataan kitalah yang berhak ke atas diri kita amatlah sesuai sekali, sudah pasti anugerah kurniaanNya ini tidak akan kita persia-siakan begitu saja. Hanya tubuh yang sihat mampu memberi manfaat kepada keluarga dan menambah nilai kehidupan orang lain.

Sekiranya kita bertanya kepada mereka yang kaya di Indonesia, adakah anda nak sakit? Mereka pasti menjawab "ORANG KAYA PUN TAK MAHU SAKIT". Mereka pasti sependapat apa guna nikmat yang Allah S.W.T kurniakan sekiranya kita tidak mampu untuk menikamtinya!!!


Hidup ini perlu diteruskan, teruskan hidup biasa-biasa. Teruskan hidup dengan menghadapi banyak masalah kesihatan, tiada masa untukNya dan tiada masa untuk bergembira bersama keluarga. Bukan semua orang Allah S.W.T pilih untuk berubah hidupnya, apatah lagi jika diri sendiri tidak mahu!!!



No comments:

Post a Comment